TIPS TUN M KEKAL SIHAT BERUSIA 93 TAHUN



Walaupun telah menginjak usis 93 tahun, Tun Dr Mahathir Mohamad masih lagi kekal aktif dan mempunyai daya fikir yang tajam. Beliau masih mampu memimpin negara dan mempunyai kekuatan fizikal dan mental yang baik. Apakah rahsianya? Jom kita telusuri 10 tips penting Tun M dalam usaha kekal sihat, cergas, dan berdaya saing.

1) Amalkan Gaya Hidup sihat. Apa itu gaya hidup sihat?
  • Gaya hidup sihat adalah dikaitkan dengan individu yang mengamalkan tatacara kehidupan yang aktif dan cergas melalui aktiviti fizikal dan pemakanan yang berkhasiat. Umumnya, gaya hidup sihat adalah satu amalan kesihatan ke arah perubahan hidup yang baik meliputi pelbagai aspek termasuklah penjagaan tubuh badan, pemakanan seimbang, bersenam, mengawal tekanan atau stres, dan mengelakkan diri daripada aktiviti yang negatif dan berisiko.

2) Tidak merokok
  • Ingin organ tubuh sihat? Elakkan merokok. Stop smoking now! Semua maklum tentang bahaya rokok kepada perokok aktif, pasif dan mereka yang terhidu bau rokok juga berisiko kepada penyakit. Kanser, sakit jantung, asma, masalah paru-paru dan pelbagai penyakit sering dikaitkan dengan tabiat merokok. 
3) Tidak minum arak
  • Minuman beralkohol tidak hanya memabukkan namun memberi banyak kesan buruk kepada kesihatan dan jika diamalkan ia ibarat gabungan dadah dan racun kepada tubuh badan manusia. Jelas nyata Islam juga mengharamkan minuman keras kepada penganutnya, begitu juga dengan agama-agama lain yang melarang keras minuman tersebut. Ia bukan sahaja merosakkan tubuh, malah membawa kepada isu lain seperti perpecahan keluarga, gejala dera, zina, masalah mental dan lain-lain lagi. 
4) Tidak makan terlalu banyak
  • Menurut Tun M, makan yang terlalu banyak akan menyebabkan badan menjadi gemuk/obesiti dan ini memberi tekanan dan kerja yang lebih kepada jantung untuk bekerja mengepam darah ke seluruh badan. Makan yang banyak juga sebenarnya akan meningkatkan risiko pelbagai penyakit, apatah lagi jika mengamalkan makanan segera, berminyak, makanan tinggi gula, garam, msg dan lain-lain lagi. Bahkan Ibu kepada Tun M mengingatkan beliau “ketika tengah seronok makan, berhenti”, (berhenti makan sebelum kenyang). Apabila kita biasakan diri dengan tabiat ini, ia akan menjadi lebih mudah. Sebab itu, seluar yang saya beli 40 tahun dahulu masih lagi muat,” tambahnya.
5) Sentiasa membaca buku
  • Membaca adalah “Jambatan Ilmu”. Ini kerana membaca dapat menajamkan minda, ia umpama senaman kepada minda kita. Membaca juga menambah ilmu dan pengetahuan, menjadikan kita lebih fokus dan daya tumpuan yang baik, membantu komunikasi, menjana kreativiti. Malah, wahyu pertama diturunkan kepada baginda Rasulullah S.A.W juga adalah Iqra” iaitu (membaca). 
6) Jaga jantung anda baik-baik
  • Menurut Tun M, Jantung adalah organ badan yang sangat penting, ia bekerja sepanjang masa, dari dalam rahim lagi hingga akhir hayat kita, jadi ingat-ingatlah sikit dan janganlah bagi ia kerja banyak. Bila badan kecil (saiz ideal), jantung berupaya bekerja dengan mudah untuk mengepam darah ke seluruh tubuh, tapi bila badan besar (obesiti), organ tersebut perlu bekerja dengan lebih kuat lagi, katanya.
7) Bersederhana dalam apa yang dilakukan
  • Tun M menyarankan semua sentiasa bersederhana dalam semua hal sama ada dalam pemakanan, suri rumah dalam keluarga juga. Jika kita sering amalkan konsep berserderhana kita tidak akan marah, benci dan lain-lain emosi secara berlebihan. 
8) Tidur yang mencukupi
  • Tidur adalah elemen penting untuk memastikan kesihatan badan yang seimbang. Tidur yang mencukup iaitu 7-9 jam sehari dapat mencegah risiko pelbagai penyakit. Tidur yang berkualiti dapat merehatkan dan menyegarkan tubuh badan dan minda. 
9) Bersenam
  • Tun M juga mengamalkan senaman pada waktu pagi. Di antara senaman yang disebutkan oleh beliau adalah Dumbell,Tarik nafas, treadmill dan berjalan. Senaman dapat meningkatkan kecergasan fizikal, sistem peredaran darah yang baik, mengurangkan berat badan, daya tahan otot dan banyak lagi. 
10) Vitamin atau makanan berkhasiat
  • You are what you eat adalah perkataan yang sering kita dengar kerana ia menunjukkan bahawa kita memperoleh apa yang datang dari pemakanan kita seharian. Kesihatan adalah anugerah yang tidak ternilai, amalan pemakanan yang berkhasiat dari awal dapat mencegah risiko penyakit dan memberi badan nutrisi yang mencukupi. Susu kambing adalah salah satu gaya pemakanan yang seimbang di mana ia mengandungi 1001 hikmah dengan kandungan vitamin dan mineral secara semulajadi. Ia juga diamalkan oleh para anbiya’ disebabkan nutrisi yang hebat dan dikatakan sebagai minuman kedua terbaik selepas susu ibu. Bahkan Tun M juga telah mencuba susu kambing ellvita yang diformulasi oleh Dr Perubatan iaitu Dr Zara. Ia di hasilkan dengan teknologi yang tinggi bagi mengekalkan nutrisi yang terkandung seperti colostrum, bone pep, DHA, ALA, Kalsium,Asid Folik dan banyak lagi.

No comments

Powered by Blogger.