DOKTOR A
Dr: Silakan masuk, Assalamualaikum (sambil tersenyum). Silakan duduk..Boleh saya bantu?
Pesakit: wa’alaikumsalam, terima kasih Dr. saya sakit mata dan tekak, rasa nak demam sama sejak semalam.
Dr: oh macam tu. saya minta izin nak sentuh sikit ye (sambil membuka kelopak bawah mata dan menyukat suhu di bawah lidah. Oh awak kena berehat lepas ni. Kurangkan aktiviti luar awak. Elakkan bertemu kawan sebab takut infections… (meneruskan cerita panjang lebar tentang virus sakit mata dll yang dihadapi oleh pesakit dan perkara yg perlu dielakkan). Kemudian Dr menyambung: awak kena dapatkan rehat, harini tak payah ke tempat kerja dah dan esok saya bagi MC sama.
Pesakit: terima kasih Dr.
Dr: sama-sama. Jaga kesihatan okey. Sambil senyum.
DOKTOR B
Dr: diam sahaja hingga pesakit masuk..dan duduk..
Pesakit: memberi salam dan duduk…
Dr: so.. sakit apa…
Pesakit: saya demam, batuk dan sakit tekak..selesema sama..
Dr: emmm itu symptom biasa, tak da apa yang pelik..biasa lah tu.. em ada asthma atau kes di tahan wad sebelum ni?
(bila masa pula pesakit kata sakitnya tu PELIK…)
Pesakit: sejarah ditahan di wad tiada..saya ada asthma masa kecil-kecil dulu, bila dah dewasa dah kurang dah…
Dr: adalah tu..awak jangan ingat asthma ni boleh baik..sampai bila pun ada dalam badan awak..
Dr: ada guna pam (respolin)?
Pesakit: ada guna, tapi tak bergantung sepenuhnya. Jika sakit teruk baru guna.
Dr: okey, guna bila perlu laa tu . Saya akan bagi. Lepas guna simpan di tempat yang kering.
Pesakit: Simpan dalam peti ais boleh Dr?
Dr: awak tak faham ke kata simpan di tempat yang kering…peti ais tu kering??? Baca kat kotak ada tulis kan…
Pesakit: okey..
Pesakit: Dr, kawan saya ada cakap pasal denggi..sekarang pun musim nya, takut pula bila demam macam ni, mana tahu suspect denggi..
Dr: em tu awak tak perlu cakap sebab kami Doktor ni memang pesakit datang akan fikir benda tu dulu..tapi takpa, mungkin 2 hari lagi awak kena denggi, boleh datang dan check..setakat ni okey lagi…
Konsep sebenar ilmu adalah "lebih banyak yang dipelajari, lebih kurang rasanya dalam diri".. Ingat juga, jika kita cerdik, ada lagi yang lebih cerdik. hanya sedikit ilmu yang Allah pinjamkan dari selautan ilmu yang luas & dari kebijaksanaan yang Maha Esa, maka gunakanlah dengan sebaiknya dan janganlah berbangga diri kerana nikmat tersebut boleh ditarik balik dalam sekelip mata. Akhlak perlu seiring dengan ilmu. ilmu perlu seiring dengan amal...dan amal perlu seiring dengan iman.
No comments