SUAMI-ISTERI-RUMAHTANGGA-KELUARGA



Bila ada ISTERI belajar lah untuk menghargai pengorbanannya
Walau dalam kesibukan harian & kekangan masa 
Jangan pernah biarkan mereka sendiri
Berasa sunyi dan sepi tanpa difahami
...
Bila telah dikurnia seorang SUAMI jaga lah dia sebaiknya
Penuhi semua keperluannya
Taat setia dan hormat sentiasa diberi
Menjadi si penyeri bukan duri
...
Bila telah berumahtangga fahamlah adat hidup berdua
Bukan macam waktu jiwa muda hidup sebatang kara
Kini semua kena berkongsi dan saling menjaga
Cubit peha kiri, peha kanan terasa
...
Bila dah bertiga, berempat dan berlima
Banyak lagi perlu dibahagi bersama
Jangan bebankan satu pihak sahaja
Lihat dari sudut pandang manusia biasa
Komitmen dan tanggungjawab kena bersedia
Jangan tolak sini sana, pentingkan diri sentiasa
Hargai selagi ada..
...


ilham Penulis DORA

No comments

Powered by Blogger.