DI MANA DIRI KITA?






Kita begitu sibuk mengumpul harta dunia sedangkan hidup di dunia hanya sementara sahaja. Kehidupan di Akhirat adalah kehidupan yang kekal. Jika di dunia yang fana ini kita begitu cintakan dunia, layakkah kita nak masuk Syurga. Adakah kita mampu menahan siksaan api neraka? Di manakah kita menghabiskan masa hidup kita dan bagaimanakah kita menguruskan kehidupan yang Allah SWT pinjamkan sementara buat kita ini?

·       Kita ikhlas berbelanja seluar Levi’s yang berharga RM200 ++, RM60-RM70 untuk sehelai t’shirt, namun berapa ratuskah yang kita ikhlas keluar untuk jalan Allah?
·       Kita sanggup menonton siaran langsung bola sepak selama berjam-jam dari menghayati Maal Hijrah dan ceramah agama ataupun majlis ilmu.

·     

     Kita sanggup bersengkang mata bermain games, mengadap laptop atau laman sosial untuk tujuan hiburan dari mengerjakan ibadah atau bangun sepertiga malam untuk solat tahajjud
·       Kita sanggup menghabiskan masa menonton tv, mendengar lagu, berSMS atau bersembang dari membaca dan menghayati kitab mulia Al-Quran.

·        Kita banyak menghabiskan masa untuk tidur dari mengingati Allah melalui zikir, tasbih dan tahmid kepadaNya.

·        Kita mengagungkan manusia seperti artis, penyanyi, pemimpin yang bagaimana? Siapakah idola kita? Adakah Rasulullah…Jika Rasulullah, mengapa tidak kita mengamalkan semua sunnah-sunnahnya.

·        Kita kita tak kisah halal haram dan riba dalam jual beli dan kehidupan
·       Kita menghina mereka yang ingin memperjuangkan Islam dan sibuk memperkatakan tentang orang lain. Kita jarang sekali bermuhasabah akan diri kita serta sering lupa untuk bertaubat.

Sama-sama beringat. Ya Allah tunjukkan kami jalan yang benar dan ampunkan dosa kami. Rasa nak menitis air mata melihat pakaian dan barangan peribadi Rasulullah SAW. Baginda yang sememangnya mendapat tempat di Syurga tertinggi pun begitu zuhud sekali.

No comments

Powered by Blogger.