recipetips
DIY lampu studio
Baru-baru ni aku nak nak buat photoshoot suka suki
tapi lepas beberapa kali shoot, gambar tak cantik..
sebab?
Ha sebab pencahayaan lah..jangan tak tau..sebab tu kalau photoshoot
professional kita tengok penuh lampu keliling pinggang bagai baru lah gambar cun melecun jadinya. Dari muka dayang senandung boleh jadi snow white! hek elehh..trick je semua tu. Camera trick!
Dalam gambar cantik berseri bila jumpa fuhh tu diaaa..stok pecah rumah lagi helok! ahahaha
so aku pun apa lagi teruslah survey kat mudah lampu studio, mak aii rega ..4 ratuih..
fikir punya fikir, gali punya gali..ongkos nggak cukup bajet bulan ni.
So aku pun terifkir DIY ..why not? cuba lah
Mula lah aktiviti aku cari kotak dalam stor..jumpa jugak kotak produk queen kat stor..
so di sini aku share jelah teknik dan tektik buat DIY lampu studio okey..modal tak sampai RM70 pun.
LANGKAH DEMI LANGKAH BUAT LAMPU STUDIO SENDIRI (DIY)
1) Cari kotak agak2 tebal dan buat ukuran dikehendaki ikut saiz lampu studio korang nak

2) Siap potong, letak double tape di situ (aku letak banyak skit bagi kuat)
3) Tampal alumunium foil.. yang ni aku rembat Queen punya kat dapur .
Dalam gambar ni pembantu2 aku saja nak mencapap sama
4) Lepas tampal alumunion foil untuk bahagian dalam, bahagian luar pula di tampal dengan sugar paper kaler hitam. Siapa tak tahu sugar paper tu apa? bukan kertas pasir okeh! Pergi kedai stationary boleh tanya kat sana. Lepas tu guna glue gun yg selalu org guna nak buat hantaran kawin, untuk lekatkan ke semua kotak2 tu.
5) Kemudian boleh lah di masukkan lampu. Ingat yang bahagian tengah tu korang mesti dah lubangkan ikut saiz soket mentol siap2 supaya senang korang nak ejas masa masukkan lampu dan segala mak nenek wayar dia nanti.
6) Okey dah siap pasang mentol tunggu ape lagi? pergi lah test kat plug tu hidup ke tidak? takkan itupun aku nak ajor .. Inilah rupa bentuk hasil satu hari jugak lah aku menelaah dan menyiapkan tugasan lampu studio ni. Nak kata penat tak lah sangat, cuma org utara cakap "ghenyah" ja tapi puas hati laaa..
7) Setelah siap, boleh letakkan tudung putih atau kerta putih untuk bagi impak yang lebih semasa shoot nanti.. yg ni aku pun tak berapa expert nak explain kena tanya yang pakar laa..
Tadaa siap! So bila aku gunakan semasa photoshoot suka suki aku tu, teramatlah cantik gambarnya..puas hati la! Tak payah keluar duit banyak2. Cuma untuk ejas ketinggian aku letak atas kerusi tinggi ja semasa shoot. Tak buat kaki dia. Kalau nak kaki, boleh beli kat kedai..tapi kena bayar la keluar duit lagi, kalau tak bayar silap haribulan bukan dapat kaki lampu, dapat "kaki" tokey kedai sebab mintak freeeee... hehe.
"selamat mencuba ya kawan-kawan..USAHA TANGGA KEJAYAAN"
P/s: Queen marah sebab aku guna tudung putih suci dia buat cover lampu, tapi aku pujuk2 dapat juga..Alhamdulillah.
P/s: Queen marah sebab aku guna tudung putih suci dia buat cover lampu, tapi aku pujuk2 dapat juga..Alhamdulillah.
No comments