Kau sinar di hati ku

Anak ku,
Sejak awal membesarkan mu,
Tiada yang lebih penting dari yang lain kecuali dirimu!
Kau begitu kecil hingga tapak tangan ini bisa mengangkatmu,
Secubit minda mu melihat perkara,
Kau tersenyum riang tanpa bicara,
Tiada sengketa mahupun dusta,
Sesekali  telatahmu menggamit suasana,
Membuai mesra hati dan jiwa…

Cahaya ku,
Kau membesar dihadapanku,
Segengam mindamu mula bertanya,
Melihatmu melalui saat suka & duka,
Girang hati terukir senyum dan tawa,
Berdampingan sentiasa ke mana jua,
Sakit pedih kita kongsi bersama..

Kasih ku,
Meniti usia yang menginjak remaja,
Kau kini anak muda,
Sekotak mindamu petah berbicara,
Menongkah arus dan gelora jiwa,
Mencari diri mu di dalam mereka,
Kau masih menjadi pujangga,
Buat kami yang semakin tua..

Buah hati ku,
Kini alam mu semakin berbeza,
Selautan ilmu dikau timba,
Menongkah arus membelah samudera,
Kau belayar penuh cita,
Mencari sebutir mutiara,


Ingatlah Sayang ku,

Ke dasar perlu kau cari, merentas lautan dalam, menongkah arus gelora…
Sesekali datang ancaman bahaya …namun bertahanlah, jangan mudah berputus asa!

Ke hulu dan hilir perlu kau pergi, mencuba pelbagai cara, carilah di mana jua…
Sesekali datang halangan jiwa…ingat lah dikau kuat dan mampu menghadapinya!

Dalam gelap dan terang malammu, mahupun dalam hujan dan panas  harimu…
Ingatlah dikau mampu melaluinya… jangan dilupa matlamatmu yang satu!


Permata ku,
Di bicara ini kita masih mampu bersua dalam ingatan mu dan pesanan ku,
Bilakan pula aku mampu menatap mu dalam mimpi ini,
Entahkan  mampu bersua dalam kejayaanmu,
Itulah hasratku..
Asalkan dikau tahu dari jutaan mimpi mu,
Aku juga punya impian yang satu,
Melihat mutiara mu bersinar
Dalam noktah kejayaan!
Walau dalam perit dikau bersabar,
Walau dalam sakit dikau mencuba,
Walau dalam luka dikau merasa,
Inilah kehidupan wahai sinarku.
Setiap sakit itu akan menjadi gurumu,
Setiap luka itu akan menjadi ingatanmu,
Setiap perit itu akan menjadi penawarmu,
Untuk kau kuat dan hebat di hari muka!

Pewaris ku,
Dalam hilang dan sirna tubuhku,
Dalam usang dan lemah fikirku,
Namamu tetap terpahat kuat dalam doa kudusku,
kau satu dalam hatiku!
Jangan dilupa pesan ku ini…
Tiada dunia perlu kau geruni…
Tiada sesuatu sebelum kau mulai…
Tiada ilham sebelum kau mimpi…
Asalkan ilmu yang dikau cari…
Dengan rendangnya pohon amal dan bakti..
kau bakal menjadi insan dan kebanggaan ‘kami’…
~walid & ummi~


ilham penulis: DORA

1 comment:

  1. Numpang promo ya Admin^^
    ingin mendapatkan uang banyak dengan cara cepat
    ayo segera bergabung dengan kami di ionqq^^com
    add Whatshapp : +85515373217 || ditunggu ya^^

    ReplyDelete

Powered by Blogger.