recipetips
Hidup ini penuh cabaran
Dalam hidup ini apa yang senang? Mana ada senang sebelum susah? betul tak...
Cuba ingat sejak awal kita dilahirkan bukan melalui proses yang senang tetapi penuh kesusahan dan akhirnya kita menjadi wira lahir ke dunia ini dengan selamat.
Bermulalah perjalanan kita dari bayi belajar bergerak, angkat tangan kaki, merangkak, meniarap, duduk, berdiri jatuh bangun semula, sebelum kita berjalan dan berlari...
Begitulah juga dengan kehidupan yang kita sedang dan akan lalui..elemen 'HARD' itu tidak pernah akan lupus. Setiap kesusahan dan kesungguhan itu sebenarnya mengajar kita lebih banyak lagi. Malah cabaran pasti akan datang dalam setiap apa yang kita lakukan..
Jadi pelajar dan pergi sekolah, kuliah, kolej juga setiap hari jumpa benda baru..ilmu baru perlu di hadam dan difaham. Itu juga cabaran.
Yang bekerja pula setiap hari mengadap situasi dan perkara baru yang perlu disiap dan diselesaikan. Itu juga bukan benda mudah.
Berkahwin dan bekeluarga juga penuh dengan cabaran, susah-payah dan ujian dalam hidup berdua, bertiga dan ber-ber yang seterusnya.
Begitulah kitaran hidup kita (life-span) dari bayi hingga lah tua, setiap yang kita lalui adalah cabaran yang perlu kita tangani dengan bijak dan baik. Malah kejayaan yang kita peroleh dalam kehidupan juga adalah hasil daripada sikap kita yang tidak pernah mengaku kalah, berusaha dan menghadapi setiap kesusahan dengan sabar.
Kepada mereka yang sedang melalui saat susah, getir, payah, sakit dan mencabar...ingatlah bahawa apa yang anda sedang lalui sekarang akan membina diri anda menjadi seorang yang lebih kuat. Stop bersedih dan terus kecewa. Bangkit dan bangun untuk terus melangkah kerana ada sesuatu yang menanti anda didepan sana...
No comments