Pemimpin yang ADIL

Siapakah pemimpin yang ADIL?




Pemimpin ini luas takrifnya, dari pemimpin negara, pemimpin keluarga dan juga memimpin diri sendiri. Manusia di jadikan sebagai khalifah (pemimpin) di muka bumi ini. Oleh itu, kita adalah pemimpin kepada diri sendiri.


“wahai Daud!Sesungguhnya kami menjadikan kamu khalifah (penguasa) di muka bumi, maka berilah keputusan (perkara) di antara manusia dengan adil dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsumu, kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah akan mendapat azab yang berat, kerana mereka melupakan hari perhitungan” (Surah Shaad ayat 26).

Daripada Firman Allah ini,  dapat kita fahami tentang peri-pentingnya menjadi seorang pemimpin yang ADIL dan seorang pemimpin hendaklah mengelak dari mengikut HAWA NAFSUnya.
Elak dari hawa nafsu misalnya, seorang pemimpin tidak condong kepada rasa cinta atau marah...dan seorang pemimpin tidak akan mengubah ketentuan kerana kasih sayang atau rasa benci.

Keadilan dalam Islam merupakan satu konsep yang merentasi semua bidang ~politik, ekonomi, sosial…merentasi masa, tempat, kaum & bangsa dan agama…
ADIL meliputi semua aspek hidup seperti adil sebagai pemimpin negara, adil sebagai pemimpin keluarga, kepada isteri, anak-anak, adil dalam pekerjaan, penilaian, penyaksian hinggalah berlaku adil dengan musuh sendiri.

Jika kita lihat kepada pengertian ADIL. Selalu kita dengar atau mengambil definisi kamus bahawa adil sebagai equal (samarata) dan similarity (persamaan hak).
Dalam Islam, ADIL bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya...
ADIL juga bererti menerima hak tanpa lebih dan memberikan hak orang lain tanpa kurang...

Menurut Prof Dr Hamka: ADIL adalah pintu terdekat kepada TAQWA...dan TAQWA adalah syarat utama untuk memburu darjat yang istimewa disisi Allah swt.

Pada zaman Khalifah Umar berlaku peristiwa menarik, Abu Ubaidah bin Al Jarrah mengambil keputusan membatalkan bayaran jizyah daripada penduduk bukan Islam di wilayah Jordan dan wang yang sudah dipungut juga dipulangkan semula. Tindakan ini dibuat kerana ancaman tentera Rom Timur
menyebabkan kerajaan Islam tidak dapat menjamin keamanan penduduk bukan Islam.

Antara syarat mengambil jizyah, pemerintah hendaklah menjaga keselamatan rakyat dan hak-hak yang lain. Penduduk  bukan Islam tersebut tidak mahu mengambil wang tersebut sebaliknya menegaskan mereka lebih rela berada di bawah pemerintahan Islam. Mereka menyedari keadilan pemerintahan Islam dan kezaliman daripada penjajah Rom Timur yang seagama dengan mereka.

ADIL adalah lawan kepada kepada ZALIM

Maka seorang pemimpin dituntut bersikap ADIL dalam kepimpinanya bagi mengelakkan kezaliman.

Bagi memupuk sikap ADIL, seorang pemimpin hendaklah:

1) Menggunakan model Rasulullah dan sahabat dengan meletakkan dunia di TANGAN dan akhirat di HATI...bagi menangkis segala unsur materialism, liberalism, sekularism, hedonism, maksiat dan sebagainya.

2) Mempraktikkan konsep IHSAN, iaitu Allah sedang memerhatikan kita atau kita sedang berhadapan dengan Allah spt dinyatakan dalam surah Al Baqarah (ayat 265) Wallaahu bimaa ta'-maluuna Basiir (Allah melihat apa yang kamu kerjakan).

3) Sentiasa menjadikan ilmu, iman, dan taqwa sebagai pakaian diri. Dengan ilmu dan iman seorang pemimpin sanggup memimpin dirinya (seperti memimpin matanya, hatinya, lidahnya,
fikiran dan hawa nafsunya) sebelum memimpin orang lain. 

No comments

Powered by Blogger.