lifestory
Ular masuk rumah panggil saya...
Masa darjah 4 cikgu tanya apa haiwan kesukaan, aku jawab ular! Satu kelas terkejut.
Mak pun marah sgt bila tau aku tangkap ular zaman sekolah rendah dulu. Diam-diam aku siap bela ular dalam besen dan baldi. Mujur panjang usia hidup lagi tak kena patuk sebab antara ular aku pernah tangkap termasuk ular tedung, sawa dan ular2 kecil ni. Itu zaman sekolah rendah. zaman tak tahu bezakan ular yang berbisa.. main redah ja. Zaman kanak2 tu kalau jaring ikan kat parit, sangkut ular..bukan main seronok lagi..bukannya takut.
.
Bila masuk remaja setiap kali ular tedung, ular senduk atau apa sahaja ular masuk rumah adik beradik lain, rumah jiran, akulah yang dipanggil untuk tangkap. Setakat ni ular apapun masuk rumah aku tangkap dengan tangan tapi ada tekniknya. Ramai tanya ada baca apa2 ke? maybe sebab minat sgt dengan ular so takda rasa takut, tapi tetap kena mohon doa keselamatan dari Allah swt, teknik yang betul dan sentiasa berhati2. Pernah tok Ibnu Ishaq minta aku pukul ular batang tebu di laman rumah dia guna bamboo. Buluh ni org tua-tua cakap boleh melemahkan ular.
.
Beberapa tahun lepas ada seekor ular masuk rumah (kukri snake), aku tangkap dan bela..jinak, tapi bila jual ada geng peminat ular sanggup beli RM500 dari aku. Bila dah dewasa ni dah belajar identify poisonous & non-poisonous snake, bukan main tangkap muat nanti silap haribulan keras kejung al-marhum jadinya. Wife pun dah share minat & berani pegang ular ..sebelum tu pun aku ada bela corn snake siap join team dgn geng2 suka bela ular yang ramai ja diluar sana termasuk selebrti Wan Aliazar 😆😉. Tapi semua dah jual masa isteri pregnant, kalau boleh niat dihati tak nak dah kurung haiwan, biarlah mereka bebas..
.
Tak pasti orang lain, tapi bagi aku ular ni haiwan yang cantik, unik, kalau pegang badan dia yg bersisik lembut tu rasa mcm sutera (ular tak lembik mcm badan katak ok-sbb ramai yang ingat badan ular ni rasa mcm badan katak).. But its totally untrue. Kat bawah ni antara ular yang aku pernah pelihara dan tangkap dengan tangan. Ada yg aku bela, yang berbisa aku lepaskan. Kukri snake, corn snake, tedung tikus, tedung abu/hitam dll. Tak terkira berapa banyak dah tangkap, zaman tengah aktif tangkap ular cuma tak sempat ambik gambar saja zaman tu takdak camera. Sekarang dah retired, so siapa baca tajuk kat atas tu "ular masuk rumah panggil bomba, jangan panggil saya dah...". 😅
No comments