Menjala TAK SEMUDAH BUAT Roti Jala!



Menjala ni antara aktiviti yang aku suka dimasa lapang.. berbanding memancing. Kenapa? sebab mancing ni bagi aku nak kena sabar dan tunggu lama.. tapi depend juga la pada tempat memancing korang pilih. Aku jenis nak cepat jadi aku pilih menjala. Pernah lepas hujan, sekali tebar masuk dekat 30 ekor lampam. Ikan baung pun pernah masuk jala. Ha kan cepat dan lumayan tu.. Total pernah dapat 100 ekor lebih, siap berbagi dengan jiran tetangga. Menjala ni kena pandai pilih kawasan dan masa yg sesuai. Tenaga pun nak kena banyak... kalau tak, mau sakit2 tulang dan otot sbb menebar tu. Pemilihan jenis jala- tangsi atau benang, saiz mata jala, tinggi jala berapa kaki dan skill menjala juga main peranan. Bukan semudah buat roti jala.. tp itu pun nak kena ada skill. Apapun, bagi yg selalu menjala, skill tu akan datang sendirinya...practice make perfect. 



.
Aku start menjala tahun 2007 kemudian habis serata utara aku menjala. Sungai, tali air, air terjun semua aku masuk walau pernah kena warning...sebab menjala di kawasan terlarang. Dapat pun ikan ikan terlarang.. ðŸ˜‚. Sungai sungai, Bukit wang, lata bayu, yan, tupah, sungai badak UUM pun aku redah..sampai ke perlis. 




.
Kepuasan memancing dan menjala ni berbeza, depend on your interest..ada yang minat dua-dua. Aku ni zaman kecik sampai remaja dah puas memancing! Duduk tepi parit, tali air, sungai memancing dan menyauk ikan..udang saja kerjanya. 



.
Buat roti jala pula, senang dan mudah dengan acuan dia. Kalau kena dengan kari daging atau ayam yang pekat...fuhh.
#BadanTengahChubby zaman ni sebab menjala dapat byk ikan..makan saja koja nya..haha. Sekarang dah diet balik.

No comments

Powered by Blogger.