Ujian yang tidak pernah akan terhenti



Pernah tak alami? masa kita tengah susah datang mcm-mcm masalah lain menimpa ibarat sudah jatuh di timpa tangga. Masa itu juga rakan baik dan saudara mara semua melarikan diri dan ada juga yang ketika itu menambah lagi beban yang dialami. Sakit, pedih, bisa, susah, duka semua kita tanggung sendiri. Bahkan, ada juga yang memandang diri kita ini hina. Ramai yang alami situasi sebegini akan berputus asa, tertekan, rendah diri dan ada juga yang terfikir untuk menamatkan riwayat diri.
Dunia terasa begitu kejam dengan kita...

Namun, jika ada yang sedang alami situasi begini jangan sekali bersedih dan susah hati lama-lama. Sikit-sikit tu tak ngapa lah. Ingatlah bahawa anda sedang diuji oleh pencipta, seperti ujian semasa anda menduduki peperiksaan disekolah dulu, kenapa ia dibuat? untuk memastikan kefahaman, peningkatan diri dan permulaan yang baru. Namun dalam hidup ini ujiannya lebih besar. Ingat tak dengan firman Allah SWT yang bermaksud:

“Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang berlaku kepada orang yang terdahulu daripada kamu?...." Al Baqarah:214.

sentiasa cari jalan keluar. Kadangkala dalam keadaan stress kita tak nampak banyak pintu positif yang sedang terbuka. Malah jika semua pintu kita rasakan tertutup buat kita, kita masih boleh membina pintu yang baru. Susah? yang memang susah tak semua benda dalam hidup ini senang, kita dilahirkan di dunia ini juga setelah melalui proses kesusahan dan kepayahan yang panjang.. yang kita dan ibu kita juga alami. cuba hayati firman Allah dalam surah Al-Insyirah:5-6.

"Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan..."

Oleh itu, sabar dan tabah adalah 2 pekataan yang perlu dihadirkan dalam diri, dikuatkan dengan iman dan dibaja dengan rasa positif dalam diri. Jangan pernah mengaku kalah kerana you are not broken, you are just being called back to Allah. Selalu ingatkan diri bahawa bila Allah lapangkan kita dengan rezki dan harta untuk kita tunduk bersyukur, pabila disempitkan dengan ujian dan masalah untuk kita tidak hanyut dalam keselesaan, dan sekiranya ditarik semua oleh Allah supaya kita tidak bergantung kepada sesuatu selain dari Allah swt.


1 comment:

  1. ayo segera bergabung dengan kami hanya dengan minimal deposit 20.000
    dapatkan bonus rollingan dana refferal ditunggu apa lagi
    segera bergabung dengan kami di i*o*n*n*q*q

    ReplyDelete

Powered by Blogger.