Berhati-hatilah bila makan diluar

Siapa kata perempuan saja perlu teliti?

cerita malam td. Aku pergi kedai makan dengan wife. Order nasi goreng tomyam dengan telur bungkus. ini kali pertama makan setelah break makan diluar hampir 2 bulan lebih. Nak habaq mai aku ni gajin masak gak la di rumah. apa yg 'scary' makan diluar ni ialah TIADA JAMINAN MAKANAN TU BERSIH! dan jangan terkejut jika bill yg perlu dibayar tidak hanya dikedai makan, tapi ditambah dengan bil hospital dan ubat selepas itu...huhuhu. 
.
Cuba bandingkan gambar dibawah. setelah di zoom ada lebih dari 10 ekoq semut dalam sepinggan nasi goreng. Rencah semut ke apa ni? terkejut juga..selalu jumpa sotong, sayur, udang gred C dan busuk ja tu buat aku malas nak makan diluar. Puas hati buat sendiri nak letak sekilo seafood pun boleh (hiperbola saja jgn geng pembaris ikut pulak). 
.
Ini sudah lebih..bila tengok rencah semut tu.. berasap jugak. maka aku adu dan warning peniaga jangan sampai kami report kedai tak bersih. haii org Islam kalau meniaga paling kurangpun guna dan amal slogan "kebersihan itu separuh dari iman"

Ini gambar pertama belum highlight rencah semut. 
Ok sekarang boleh perhatikan segelintir semut yang dikesan
Setelah zoom untuk pastikan ia memang semut



.
Ok kenapa aku cakap tak boleh org perempuan saja perlu teliti? sebab org perempuan ni banyak benda nak fikir dlm seharian, so suami2 kena ambik pantau juga hal kebersihan, makanan dan penyediaan nya dirumah atau diluar.. supaya apa yang jadi darah daging anak bini kita tu elok, bersih, dan suci. orang lelaki jangan tau NGAPPP saja. hahaha. ok. Tukang masak lagi lah kena double triple check sebab anda menyediakan makanan utk perut org lain.
.
Jaga-jaga ya bila makan diluar, yang nampak elok, sedap dan bersih belum tentu. Cuba perati dan periksa betul2...

No comments

Powered by Blogger.