recipetips
SABAR dalam 3 perkara
1) SABAR dari desakan melakukan maksiat
Dalam kita menjalani kehidupan pastinya ada pasang surut desakan nafsu dan syaitan untuk melakukan perkara yang tidak diredhai Allah swt. Apa sahaja desakan jahat dan tidak patuh agama yang lahir dalam diri kita hendaklah kita kawal dan sabar dari melakukan perkara itu. Misalnya sewaktu ber"couple" kita sering di asak untuk berjumpa (dating), keluar berdua, berpegangan tangan dll perbuatan yang salah disisi agama Islam ini. Maka tahan diri, sabar seketika dan tunggu saat yang benar-benar selayaknya untuk kita halal melakukan apa sahaja.
2) SABAR dlm taat beribadah kpd Allah
Dalam beribadah kepada Allah swt juga kita sering ditiup dengan rasa MALAS dan penat letih. Jika pulang kerja lewat, tertinggal lah solat, jika sibuk sikit dengan urusan dunia maka kita kesampingkan urusan dan tanggungjawab dengan Allah swt. Maka kita mesti ingat, walau besar mana tugasan dunia kita, walau selama mana kita telah beribadah kepada Allah dan walau sehebat mana kita memandang dan mengejar matlamat dunia dan isinya, kita mesti tetap SABAR dalam melaksanakan segala suruhan Allah dalam beribadah.
3) SABAR semasa dilanda ujian
Dalam menempuhi ujian Allah swt, seringkali kita kecundang dalam memahami konsep takdir dan hikmah disebalik musibah, maka kita menunding jari menyalahkan Allah atau pihak lain sebagai penyebab. Malah bila diuji dengan sakit kita sering abaikan Allah dan lebih suka mengenang kesedihan dan kekecewaan atas musibah yang berlaku. Ingatlah, apa sahaja ujian yang menimpa kita hendaklah kita SABAR dan letakkan sepenuh pergantungan dan kepercayaan hanya kepada Allah swt.
Penulis:
_______DORA
No comments